Pasukan hoki SSTMI Thunderbolt hanya selangkah lagi untuk mendakap trofi juara Piala Remaja TNB dan untuk tahun ini, mereka enggan lagi berputih mata apabila bakal membuat perhitungan dengan pasukan Akademi Hoki Pahang (AHP-MSP) Thunderbolt dalam perlawanan akhir, Ahad ini.
Tahun lalu, pasukan SSTMI dikecewakan SSBJ Thunderbolt apabila kalah tipis 4-3 meskipun mendahului selesa pada permulaan perlawanan.
Kini mereka berazam untuk menebus kekecewaan lalu dan sudah bersiap sedia untuk menggempur AHP-MSP.
SSTMI juga enggan terlalu berada dalam zon selesa biarpun rekod pertemuan dalam liga memihak kepada mereka.
Perlu diingatkan, AHP-MSP telah mencipta kejutan mara ke peringkat akhir dengan mengetepikan beberapa pasukan pilihan.
"Misi tahun ini, kami cuba mengangkat piala pada Ahad ini susulan terlepas meraih kejuaraan, tahun lalu.
"Justeru, kami tidak boleh mengambil mudah ketika berdepan AHP kerana mereka juga adalah pasukan pilihan," kata ketua pasukan SSTMI, Shello Silverius.
Kekuatan SSTMI ketika ini juga tertumpu kepada ketangkasan penyerang muda, Akhimullah Annuar.
Akhimullah kini berpeluang untuk merebut status penjaring terbanyak dengan mengumpul 16 gol setakat ini selepas dikecewakan penyerang SSBJ Thunderbolts, Arif Sabron, tahun lalu.
"Kami mengharapkan penyerang utama, Akhimullah, memainkan peranan dalam perlawanan akhir nanti untuk menghasilkan jaringan.
"Dalam peringkat separuh akhir, aksinya agak tenggelam berikutan tekanan yang terlalu besar diberikan ke atasnya sehingga dia gagal menjaringkan sebarang gol, termasuk pukulan penalti.
"Kami harapkan dalam aksi final nanti adalah aksi terbaik daripada Akhimullah," ujar jurulatih SSTMI, Wan Roslan Wan Abdul Rahman.