SSTMI 3 AHP-MSP 0
Penyerang SSTMI Thunderbolt, Shamir Rizmi Shamsul, meledakkan dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan AHP-MSP Thunderbolt 3-0 dalam final Piala Remaja TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
Pasukan yang dibarisi pemain skuad remaja negara itu berada di depan seawal minit keempat apabila Syamir membuktikan ketajamannya di depan gawang lawan.
Dia kemudian menggandakan jaringan dalam suku kedua apabila menghasilkan satu lagi jaringan padang pada minit ke-24.
Dalam suku berikutnya, giliran Amirul Hamizan Hamizan Azhar menambah duka AHP-MSP menerusi jaringan daripada pukulan penalti pada minit ke-41.
Kejayaan itu memastikan SSTMI meraih kejuaraan kelapan Piala Remaja TNB -- yang turut dikenali sebagai Piala Milo sebelum ini -- dengan rekod tanpa kalah.
SENARAI PENUH PEMENANG:
Juara: SSTMI Thunderbolt
Naib juara: AHP-MSP Thunderbolt
Fairplay: SSTMI Junior
Penjaring terbanyak: Amirul Hamizan Azhar (SSTMI)
Pemain terbaik final: Shamir Rizmi Shamsul (SSTMI)
Anugerah Khas Chua Boon Huat: Shafiq Ikmal Daniel (AHP-MSP)