Skip to main content

Hoki

Piala Remaja Asia: Malaysia bantai Indonesia 10-0

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
Skuad muda hoki negara mengukuhkan kedudukan dalam saingan Kumpulan B, Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) B-18 2025 selepas menewaskan Indonesia 10-0 di Dazhou, China, sebentar tadi.

Enam jaringan Young Tigers hadir menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan menerusi dua gol daripada Iman Faris Faizo dan Muhammad Safwan Salihe serta satu lagi daripada Rafiq Mohamad Raze.






Dalam pada itu, empat jaringan lagi hadir menerusi Saiful Syahfy, Izz Ilhan Azrul, Hisyammudin Abdul Rani dan Ahmad Azuan Syahril.

Sebelum ini skuad kendalian itu menewaskan China dalam aksi pembukaan apabila menumbangkan China 1-0, kemudian menewaskan Kazakhstan 4-0.

Advertisement

Must Watch Video