Impian regu emas Sukan Asia diketuai tekong, Muhammad Zulkifli Abd Razak, untuk meneruskan kegemilangan dalam Kejohanan Piala Raja Thai bermula 23 September ini tidak kesampaian apabila Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) memutuskan menghantar barisan muda.
Skuad Sukan Asia direhatkan sejak tamat temasya, dua minggu lalu.
PSM berpendapat lebih baik pemain muda diberi peluang menggalas cabaran negara, terutama dalam regu dan regu berpasukan, apatah lagi gergasi, Thailand, kekal dengan pendirian tidak mencabar saingan regu.
Justeru, regu negara berpeluang menetapkan pertemuan final sekali lagi dengan Indonesia selepas tamat Sukan Asia.
"Kami akan memberikan pendedahan kepada pemain muda menghadapi Piala Raja Thai sementara merehatkan barisan utama," kata penolong jurulatih negara, Rashidi Nordin.
Sukan Asia 2018 menyaksikan regu negara dibarisi Zulkifli, Farhan Adam, Azlan Alias, Norhafizi Abd Razak dan Syahir Rosdi menewaskan Indonesia 2-1 dalam final.
Ia menamatkan penantian 24 tahun selepas kali terakhir Malaysia meraih emas acara ini di Hiroshima 1994.
Keputusan merehatkan regu emas menyaksikan tugas akan digalas pemain muda.
"Ini merupakan cabaran bagi saya dan mahu membuktikan kebolehan kami. Kami akan cuba yang terbaik dalam saingan kali ini," kata pemain negara, Hairul Hazizi Haidzir.
"Buat masa ini, masih tiada senarai pemain yang bakal beraksi, kami akan terus berlatih dan jika saya tersenarai, saya mahu menggunakan peluang sebaik mungkin," kata pemain negara, Muhammad Afifuddin Mohd Razal.