Skip to main content

Sukan SEA

Piala Raja Thai: Peluang pemain wanita tambat hati jurulatih

ketua-jurulatih-sepak-takraw-wanita,-yusof-abdullah_1.jpg
Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai hujung bulan ini menjadi medan pemilihan buat lima pemain wanita terbaik yang akan mewakili negara dalam Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan.  

Skuad negara bakal berdepan saingan tuan rumah, Thailand, Vietnam, China dan Jepun, sekali gus pemain perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar layak untuk beraksi di Filipina kelak. 

Sebelum ini, skuad kebangsaan mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Terbuka Asia di Kunming, China, Mei lalu dengan meraih pingat perak selain menyertai Kejohanan Sirkit Kebangsaan di Kuala Lumpur, bulan lalu. 

Walaupun ketua jurulatih kebangsaan, Yusof Abdullah, mengakui skuad kendaliannya kurang pendedahan kejohanan, namun mereka melakukan inisiatif lain dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah-sekolah sukan dan Kelab Koperasi Polis. 

"Kami telah ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia, Mac lalu untuk mengadakan perlawanan persahabatan dan menyertai kejohanan di sana. 

"Sementara itu, pasukan regu juga muncul naib juara dalam satu kejohanan divisyen dua di Kunming," kata Yusof.

Beliau optimis gabungan pemain lama dan baru seperti Siti Hadi Nabilah dan Suziana Mothar sekurang-kurangnya mampu membawa skuad kebangsaan memasuki aksi final dalam temasya dwi-tahunan itu.  

"Mereka mempamerkan dedikasi untuk merebut tempat," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video