MPFL
Piala Malaysia Futsal: Selangor MAC mara ke final
Selangor MAC menepati ramalan selaku pilihan selepas berjaya mara ke final Piala Malaysia Futsal selepas mengatasi Selangor TOT United 5-3 di Kompleks Sukan Negara, Panasonic, Shah Alam sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan hadir ke aksi separuh akhir kedua dengan agregat 6-6 dan hanya kemenangan memastikan mereka ke final.
Selangor MAC bagaimanapun berjaya menemui permulaan yang terbaik selepas berjaya mendahului 2-0 seawal minit ketujuh, Danial Dain serta Azwaan Ismail mencorak langkah mereka dalam perlawanan ini.
Iklan
Selangor TOT United memberikan tindak balas dengan dua gol menerusi Ahmad Azim dan Shamsuri Saleh untuk mengikat kedudukan namun Saad Sani memastikan kelebihan memihak Selangor MAC.
Dua gol pantas dalam separuh masa kedua oleh Akmal Yazadh dan Syahir Iqbal melebarkan kedudukan Selangor MAC dan lawan sekadar berjaya meraih satu lagi jaringan menerusi Aidil Shahril untuk menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 5-3 (11-9 secara agregat).
Selangor TOT United bakal berdepan Pulau Pinang dalam aksi penentuan tempat ketiga/keempat manakala Selangor MAC pula bakal bertemu Pahang Rangers dalam aksi final Sabtu ini.
Must-Watch Video