JDT yang hadir ke final selaku juara Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) mendahului seawal minit keempat perlawanan menerusi Bruno Taffy.
Selangor bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi Syahir Iqbal sebelum kedua-dua pasukan terikat 1-1 menuju bilik persalinan.
Separuh masa kedua menyaksikan JDT lebih cemerlang apabila mereka berjaya meledal dua gol menerusi Firdaus Ambiah dan Azwann Ismail sekaligus selesa mendahului permainan.
Aidil Shahril Rosli berjaya mengurangkan defisit jaringan bagaimanapun ia sekadar bersifat jaringan saguhati apabila JDT menoktahkan kemenangan dengan keputusan 3-2.
Final Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024 | Ahad, 6 Oktober 2024
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 6, 2024
Keputusan Masa Penuh
JOHOR DARUL TA'ZIM 3-2 SELANGOR FC
⚽️ Bruno Taffy 4' Firdaus Ambiah 27' Azwann Ismail 33'
⚽️ Syahir Iqbal 17' Aidil Shahril Rosli 25'#FAM #HarimauMalaya #Futsal #MFC2024 pic.twitter.com/f0rOPxxTvY