Finalis Malaysia Futsal Cup (MFC) 2025, Pahang Rangers FC dan Selangor FC dijangka tampil dengan persembahan terbaik pada aksi di N9 Arena, Nilai, jam 8.00 malam ini.
Ketua Jurulatih Pahang Rangers FC, Luis Fonseca, pada sesi sidang media pra-perlawanan, semalam optimis anak buahnya bakal tampil dengan aksi terbaik pada aksi final untuk kembali merangkul trofi MFC 2025.
"Pahang Rangers FC gembira apabila dapat kembali beraksi di final MFC 2025. Pasukan tahu beraksi di final ini bukan tugas yang mudah.
"Para pemain juga menjalani latihan dengan begitu baik dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan esok (hari ini).
"Saya percaya dengan kemampuan para pemain dan harapnya para penyokong juga dapat hadir untuk membantu moral pasukan," katanya.
Sementara itu, pengendali Selangor FC, Edgar Eder Baldasso yakin dengan kemampuan anak buahnya dalam misi untuk menebus kedukaan pada edisi lalu.
"Aksi final (MFC 2025) merupakan perlawanan yang cukup besar. Kedua-dua pasukan mengharungi kempen yang cukup baik.
"Kita tahu bahawa Pahang Rangers FC merupakan sebuah pasukan yang kuat tetapi, kita cuba mengikut perancangan yang pasukan telah tetapkan.
"Selangor FC berharap dapat turun dengan aksi terbaik, malam esok (malam ini)," katanya pada sesi sidang media pra-perlawanan, semalam.
Pertembungan final, Pahang Rangers FC lwn Selangor FC akan berlangsung 8.00 malam ini manakala terdahulu Johor Darul Ta'zim lwn Sabah untuk penentuan tempat ketiga, 4.00 petang ini dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di N9 Arena.