HOKI
Piala Hoki Remaja: AHP Thunderbolts bangga sebaris sekolah sukan elit negara
AHP 3 SSTMI 2
Skuad Akademi Hoki Pahang (AHP) Thunderbolts memastikan tempat ketiga Piala Hoki Remaja apabila mengalahkan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thunderbolts 3-2, petang tadi.
SSTMI Thunderbolt membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Faliq Ajmal Permin pada minit keempat perlawanan.
Iklan
Bagaimanapun, selang beberapa minit, AHP mengikat kedudukan dengan gol padang sentuhan Mohamad Azni Farhan Mohd Azmin.
AHP menggunakan momentum itu untuk memimpin permainan menerusi pukulan sudut penalti Mohamad Hazim Mohd Ahir.
Babak kedua menyaksikan sentuhan Mughni Mohamad Kamal membantu SSTMI Thunderbolts kembali mengimbangi kedudukan tetapi ia tidak lama bertahan apabila memberi ruang kepada AHP Thunderbolts untuk gol padang Muhammad Arif Haikal Mohd Ross Iskandar mengesahkan kemenangan.
"Kami berjaya mengekalkan podium, tempat ketiga seperti tahun lalu.
"Ini membuktikan AHP setanding dengan sekolah sukan di Malaysia, saya sangat berpuas hati dengan dengan corak permainan yang ditunjukkan pemain-pemain.
"Walaupun kecewa sedikit tidak layak ke final tetapi mereka segera bangkit untuk perlawanan hari ini.
"Saya sangat bangga dengan mereka dan kejayaan ini adalah semangat buat pasukan dan harap teruskan memontum," kata jurulatih AHP Thunderbolts, Mohd Suffian Mohammad.
Must-Watch Video