MPFL
Piala Futsal Malaysia: Pulau Pinang sedia hadapi ranjau di kubu Pahang Rangers
Penolong jurulatih skuad futsal Pulau Pinang, Hasnizal Hashim, melaungkan keyakinan bahawa barisannya 200 peratus bersedia menjelang separuh akhir kedua Piala Futsal Malaysia menentang Pahang Rangers, esok.
Daripada segi fizikal, Pulau Pinang menjangkakan saingan hebat dalam rebutan slot ke final, lebih-lebih lagi agregat 3-2 memihak kepada pelawat.
Begitu, Hasnizal turut menjangkakan sokongan padu di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan, sedikit sebanyak memberi Rangers kelebihan mental, apatah lagi dalam pertemuan liga, Rangers mencatat kemenangan 4-1.
Iklan
Pemenang pertemuan ini akan berdepan pasukan Selangor TOT atau Selangor MAC dalam final pada 23 Julai depan.
"Kami kehilangan dua tonggak termasuk ketua pasukan, Faizul Azuan Ramli Sharip, kerana mengutip dua kad dalam suku akhir dan separuh akhir pertama.
"Apa pun kami tetap mempunyai pengganti. Kami tidak pernah sampai ke peringkat tinggi seperti ini jadi kami ingin bawa balik kejayaan untuk tunjukkan kepada peminat bahawa kami boleh masuk ke final.
"Penyokong tuan rumah pasti membanjiri stadium, saya akan ingatkan pemain agar ketepikan sorakan mereka dan hanya tumpukan serta nikmati permainan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Must-Watch Video