Skip to main content

E-Sukan

Piala e-sukan Malaysia dapat reaksi positif

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vamos.jpg
Piala e-sukan Malaysia sudah melabuhkan tirainya dengan kejayaan penganjuran sulung kalinya yang mendapat reaksi positif. Team Vamos menjadi juara dalam kejohanan ini buat pertama kalinya.

Menurut Presiden Persatuan E-Sukan Malaysia, Naim Al-Amin, sangat teruja dan berpuas hati dengan pengajuran tersebut kerana dapat merapatkan antara pemain profesional dan amatur dalam permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB)

"Ingin menyediakan satu platform sebelum bermula Liga Profesional Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Malaysia musim ke-15 dan Liga Akadem MLBB dan tujuan lain pula ingin merapatkan pemain tier satu dan tier dua MPL

"Dengan ini dapat ilmu baru dan persediaan awal menjelang MPLMY musim ke-15 dan buat pertama kali menjalankan (global ban) dan beri pengalaman buat semua pemain," katanya kepada media

Sementara iti, Pengarah Cawangan Pembangunan dan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negara, Nor Azli Mohamad Daut, turut memuji usaha yang bagus kerana dapat membangunkan bakat baru dalam industry e-sukan tempatan

"Pihak kerajaan dan Kementerian Belia Sukan (KBS) sentiasa menyokong sepenuhnya kejohanan yang dianjurkan Persatuan Sukan Kebangsaan seperti MESF dalam memastikan kita dapat melahirkan atlet yang cemerlang. Di samping itu, pihak KBS mensalurkan sedikit dana bagi menyemarakkan lagi program e-sukan ini," ujarnya kepada media.

Advertisement

Must Watch Video