Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Kontrak CEO Harimau Malaya termasuk Peter Cklamovski ditamatkan

HM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan, Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend, telah ditamatkan melalui persetujuan bersama berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

Kontrak ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, juga dan dua staf teknikal skuad senior, Matthew Smith serta Seiya Imazaki, turut ditamatkan atas pada 16 Jun 2026.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat atas sokongan dan memahami keputusan saya bahawa sudah tiba masanya untuk saya menghadapi cabaran baharu.

"Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada para pemain dan kakitangan yang telah memberikan segala-galanya sepanjang perjalanan ini.

"Setiap sesi latihan, setiap perlawanan dan setiap saat bersama didorong oleh objektif yang sama untuk membanggakan Malaysia.

"Bola sepak Malaysia mempunyai potensi yang luar biasa. Semangat penyokong, bakat pemain, dan kecintaan terhadap sukan ini di negara ini adalah perkara yang mesti sentiasa dilindungi.

"Harapan saya adalah agar bola sepak Malaysia terus berkembang demi masa depan negara," katanya

Malaysia gagal melayakkan diri ke Piala Asia 2027 ekoran skandal pemalsuan dokumen tujuh pemain sehingga didenda oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Akibat pemotongan mata dan kemenangan ditarik, skuad negara terpaksa melupakan kejohanan berprestij itu.

FAM juga ingin memaklumkan bahawa kontrak ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain dan jurulatih penjaga gol, Mohd Yazid Mohd Yassin. turut ditamatkan.

Kini, dua kerusi penting itu kekosongan menjelang Piala Hyundai ASEAN dan Piala ASEAN FIFA yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Must Watch Video