Perak A menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila mudah mara ke pusingan kedua Piala Emas Khir Johari 2019 yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.
Turun selaku regu utama, Perak yang dibarisi Fadzil Mustapha, Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin, Azwan Muhrim, Yus Hanif dan Azizul Sairi menumpaskan Selangor B 2-1 semalam dan Melaka 2-0 hari ini untuk muncul juara kumpulan A. Melaka turut layak selaku naib juara kumpulan itu.
Perak B turut berjaya ke pusingan kedua apabila muncul naib juara kumpulan C di belakang Negeri Sembilan A.
Pasukan itu yang diwakili Amirul Ramadhan, Heppy Itam, Asyraf Hadi, Firdaus Hamid dan Firdaus Mohamad mencatat dua kemenangan, iaitu ke atas ATM A dan Kelantan B, tetapi tumpas kepada Negeri Sembilan A.
Turut mara ialah Labuan, Kuala Lumpur A, Sabah A, ATM B, Kuala Lumpur B, Terengganu B, Kelantan A, Pahang A, Terengganu A, PDRM A, Negeri Sembilan B dan Pulau Pinang A.
Pusingan kedua akan berlangsung esok mulai jam 8.00 pagi.