Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Emas Khir Johari: Perak tekad pertahan gelaran

takraw-perak-(1).jpg
Perak berlepas ke Kuala Terengganu dengan misi mempertahankan kejuaraan Piala Emas Khir Johari bermula Khamis ini.

Pengurus pasukan, Syamsul Istar Ibrahim Istar, berkata bagi tujuan itu, The Bison akan menampilkan skuad sama seperti tahun lalu.

"Kami menampilkan semua pemain tahun lalu dalam usaha mempertahankan gelaran kali ini.

"Cuma, perubahan format pertandingan daripada antara pasukan kepada antara regu menjadi perbezaan kali ini," katanya.

Menurutnya, setiap pasukan akan menampilkan dua regu terbaik masing-masing.

Pasukan itu menjalani latihan sejak awal tahun ini di bawah kendalian jurulatih, Eddy Yusman dan Sukree Pernsub.

Setakat ini, Syamsul masih tidak tahu mengenai undian peringkat kumpulan atau jadual perlawanan yang hanya akan dikeluarkan sehari sebelum kejohanan bermula.

Dia melihat peluang pasukan lain menyerlah lebih cerah kali ini dengan ketidaan dua tekong kebangsaan, Zulkifli Abd Razak dan Mohd Syahir Rosdi, yang mengambil keputusan untuk bersara.

Kedua-dua pemain dilaporkan mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan12 Julai lalu ekoran kecewa dengan layanan yang diterima berkaitan elaun.

"Ketiadaan mereka kali ini akan memberikan peluang kepada tekong muda lain untuk menunjukkan kemampuan masing-masing," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video