Skuad sepak takraw Kelantan Warriors mendapat suntikan semangat apabila menerima tajaan My-Sutera Sdn Bhd sebelum bertolak ke Kuala Terengganu bagi menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari, bermula esok hingga Ahad ini.
Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK), Zuraidin Abdullah, menghargai sokongan syarikat pengeluar pakaian sekolah berjenama Canggih itu sambil berjanji pemainnya akan memberikan aksi mantap dalam kejohanan yang mempertandingkan kategori regu itu.
"Pertamanya, bagi pihak GASTAK, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi My-Sutera, Annas Ahmad, di atas tajaan kewangan kepada kami.
"Dengan kerjasama mantap ini, saya yakin regu Kelantan mampu mencipta sejarah menjuarai kejohanan tersebut buat kali pertama," katanya dalam majlis penyerahan cek dan jersi kepada Kelantan Warriors di Rumah Penginapan Puspanita, Kota Bharu, semalam.
Zuraidin, yang juga Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO Kelantan, percaya kemasukan tekong berpengalaman, Noor Azman Abdul Hamid, mampu menguatkan skuad itu kali ini.
"Tahun lepas, kami sekadar di tempat ketiga. Insya-Allah, tahun ini dengan kehadiran Azman, kami mampu membentuk gandingan mantap bersama Aidil Aiman (Azwawi) sambil dibantu dua perejam berpengalaman, Nur Yuslie (Md Jusoh) dan Wan Naim Izani (Mohd Noor)," katanya.
Sementara itu, Pengurus Korporat My-Sutera, Ahmad Tarmizi Mohamad Isa, berkata tajaan kali pertama yang diberikan itu diharap mampu menyuntik motivasi kepada seluruh pemain Kelantan Warriors bagi mencipta sejarah menjuarai Piala Emas Khir Johari.
"Buat masa ini, pengerusi My-Sutera bersetuju memberikan tajaan sebanyak RM15,000 kepada GASTAK dan berharap pemain Kelantan berusaha lebih gigih membawa balik pingat kejuaraan ke Kota Bharu.
"Insya-Allah, ini sebahagian daripada usaha berterusan syarikat kami untuk menyokong pembangunan sukan sepak takraw di Kelantan," katanya.