Regu Kelantan A terus memberikan aksi terbaik untuk menumpaskan PDRM 2-0 (21-19, 21-19) dalam perlawanan kedua Kumpulan D, Piala Emas Khir Johari Ke-54 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.
Kejayaan itu membolehkan regu kendalian Mohd Rozi Abdul Rahman itu mencatatkan kemenangan kedua selepas berhempas-pulas mengalahkan regu Labuan 2-1 dalam aksi pembukaan pada sebelah pagi.
Pengurus Kelantan Warriors, Ahmad Shazwan Muhammad Hassan, memuji persembahan pemainnya dan menyifatkan kemenangan itu akan memberikan lebih motivasi bagi mengharungi perlawanan ketiga yang juga penentuan juara kumpulan.
"Pujian kepada semua pemain yang beraksi cemerlang petang ini. Alhamdulillah, kami menang dua perlawanan hari ini.
"Kombinasi Noor Azman (Abdul Hamid) bersama kapten, Nur Yuslie (Jusoh) dan Aidil Aiman (Zawawi) semakin baik berbanding aksi pembukaan menentang Labuan.
"Pagi esok, kami akan turun menentang Kedah A dan kemenangan sudah pasti membawa kami menjuarai Kumpulan D," katanya.