WALES 32 FIJI 26
Warren Gatland percaya kemenangan Wales ke atas Fiji 32-26 mencerahkan laluan mereka ke suku akhir Piala Dunia Ragbi di Stade de Bordeaux, awal pagi tadi.
Wales berdepan ranjau Kumpulan C sebaik Fiji menjaringkan dua try dalam tujuh minit terakhir selain larian Semi Radradra dikekang berhampiran di hujung garisan dalam detik akhir perlawanan itu.
Dengan mendahului 32-14 dalam suku terakhir, Wales kelihatan selesa sambil Fiji mengintai ruang kebangkitan.
Ditanya sama ada dia berasa tertekan di hujung permainan, Gatland berkata: “Sama sekali. Dengan tujuh minit lagi berbaki, saya terfikir untuk masuk ke bilik persalinan dan menunggu hingga wisel penamat.
“Saya sangat gembira dengan keputusan ini. Saya rasa ia cukup penting buat kita.
“Pada minit ke-65 masa itu, kami di kedudukan selesa dan kami cuma perlu mengawalnya. Kami memberikan beberapa penalti yang tidak perlu dan mula goyah.
“Kami sentiasa menjadi pasukan yang membina keyakinan dan menjadi lebih baik dalam kejohanan. Jadi ini sesuatu yang mengujakan.
“Saya agak kecewa dan marah tentang suku terakhir permainan, tetapi ia mengenai kejujuran dan memastikan kami belajar daripadanya.
https://english.stadiumastro.com/sports-others/astro-sports-pack-subscribers-can-watch-2023-rugby-world-cup-free-242724
“Saya gembira dengan kemenangan ini tetapi kami menyukarkan diri sendiri dengan membuat beberapa keputusan silap dalam 15 minit terakhir.
“Kami mengubah beberapa perkara dalam separuh masa. Kami benar-benar mahu membuatkan menghukum lawan.
"Beberapa pemain mereka kelihatan agak keletihan dan kami kelihatan dalam kawalan tetapi tipikal Fiji -- mereka tidak pernah menyerah kalah dan cuba untuk bangkit."

A @fijirugby in full flow ?#RWC2023 | #WALvFIJ pic.twitter.com/ZqdOWzrkas
— Rugby World Cup (@rugbyworldcup) September 10, 2023