Try daripada Lewis Ludlam, Courtney Lawes, Freddie Steward dan Joe Marchant memastikan pasukan pilihan itu meraih kelebihan selesa menjelang minit ke-67.
Try yang dilakukan Lawes terhasil daripada situasi yang agak janggal selepas bola melantun susulan terkena kepala Joe Marler dan walaupun England meraikan try pertama mereka dalam piala duna sejak menewaskan New Zealand dalam aksi separuh akhir pada 2019, persembahan keseluruhan mereka di Nice wajar dipertikaikan.
Pada awal babak kedua, mereka diejek oleh penyokong sendiri gara-gara gemar menyepak bola apabila mendapat peluang dan kelihatan terlalu berhati-hati berdepan lawan di ranking ke-14 dunia berkenaan.
Selepas menewaskan Argentina 27-14 dengan 14 pemain dalam aksi pembukaan Kumpulan D, kemenangan ke atas Jepun memastikan England ke suku akhir biarpun masih berbaki pertemuan menentang Samoa dan Chile.
Job done for @EnglandRugby #RWC2023 | #ENGvJPN pic.twitter.com/ChK46f8Y4S
— Rugby World Cup (@rugbyworldcup) September 17, 2023