MALAYSIA 1 THAILAND 2

Skuad sepak takraw Thailand menafikan Malaysia untuk menyapu bersih tiga gelaran Piala Dunia ISTAF, sebentar tadi.


Selepas Malaysia membuka langkah kanan menerusi kemenangan regu pertama, regu kedua pun sebaliknya mempamerkan aksi kurang bermaya dalam acara berpasukan di Stadium Titiwangsa itu.

Harapan yang diletakkan kepada regu ketiga itu tidak kesampaian selepas Thailand menegesahkan kemenangan straight set dalam regu penentuan berkenaan.

Biarpun ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun tanpa berlengah membuat pertukaran di bahagian tekong dan perejam di pertengahan set pertama dengan mengeluarkan Zuhri Zain (tekong) dan Baihakki A'ripin (pelibas) serta memasukkan Zarif Marican Ibrahim Marican dan Shaharil Aiman tetapi strategi tersebut tidak banyak mengubah hakikat bahawa ia masih belum cukup untuk menyaingi keampuhan berpasukan Thailand.

Begitupun, kem Malaysia seharusnya berbangga apabila memenangi acara doubles dan regu, Rabu lalu.