Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia ISTAF: Muhammad Afifuddin kembali perkuat skuad sepak takraw negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

umali.jpg
Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, menjelaskan terdapat beberapa pemain yang belum melaporkan diri akibat dari kelulusan majikan menjelang Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2025.

Namun, tindakan lebih awal telah dilakukan oleh PSM selepas perbincangan bersama barisan jurulatih untuk memanggil pemain berpengalaman, Muhammad Afifuddin Mohd Razali, untuk kembali menyertai skuad kebangsaan.

Kempen itu akan membuka tirai pada 20 hingga 25 mac ini di Bihar, India.

"Kami sudah putuskan untuk masukkan Afifuddin kembali dalam skuad kebangsaan memandangkan terdapat dua dan tiga lagi nama yang tidak dapat masuk.

"Tidak boleh menunggu lama kerana kejohanan sudah dekat, kami sudah bincang dengan jurulatih semalam dengan dia putuskan untuk ambil senior yang berpengalaman. Dalam acara apa belum pasti." katanya.

Sementara itu, dia juga berkongsi usaha PSM ketika ini dalam menguatkan akar umbi sukan itu dengan melaksanakan Program National Sepaktakraw Development Program (NSTDP) yang akan dilancarkan pada April ini yang merupakan pertama kali dalam sejarah sepak takraw negara.

"Dalam proses untuk melaksanakan bengkeL di peringkat PSM, bagaimana untuk melaksanakan Program National Sepaktakraw Development Program (NSTDP) pada 14 April nanti.

"Waktu itu kami akan panggil Menteri KBS untuk melancarkan NSTDP. Ini kali pertama dalam sejarah sepak takraw." tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video