SEPAK TAKRAW
Piala Dunia ISTAF: Malaysia cabar musuh tradisi Thailand dalam final
MALAYSIA 2 MYANMAR 0
Skuad regu sepak takraw negara mengatur janji temu perlawanan akhir dengan musuh tradisi, Thailand, dalam Piala Dunia ISTAF esok.
Malaysia yang mempertaruhkan trio Farhan Adam sebagai apit kiri, Syahir Rosdi (tekong) dan Azlan Alias, tidak berdepan masalah untuk mengatasi cabaran awal daripada Myanmar menerusi kemenangan selesa 15-3 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
Iklan
Gandingan itu kekal dalam pertaruhan utama tetapi seperti acara doubles, pencabar serantau itu mencipta satu lagi tentangan yang penuh mengujakan.
TAKRAW : Trio negara ikut jejak doubles ke final menerusi kemenangan 15-3,15-11. Menanti di final, Thailand.????????@ASTROARENA pic.twitter.com/HXJ0kJGhcy— FinaNasrom (@fnasrom) May 21, 2024
Namun, Syahir muncul sebagai wira dalam detik mendebarkan itu apabila putaran servisnya memerangkap lawan untuk kemenangan 15-11, sekali gus mengatur janji temu dengan Thailand, esok.
Must-Watch Video