Killer skuad takraw negara, Muhammad Shaharil Aiman Halim, menerima sijil penghargaan dan imbuhan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, di Putrajaya hari ini.




Skuad takraw negara cemerlang apabila merangkul gelaran juara dalam saingan Piala Dunia ISTAF 2024 dalam kategori regu dan doubles minggu lalu.

Turut hadir bersama untuk memberikan penghargaan adalah Timbalan Menteri KDN, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain, dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan.