Perejam utama skuad takraw kebangsaan, Azlan Alias mendedahkan bahawa rasa geram yang membara di hati terhadap Thailand menyebabkan dia mengambil langkah ekstrem termasuk menurunkan berat badan sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia ISTAF yang baru lalu.

Walaupun berjaya capai sasaran peribadi dengan memenang acara regu menewaskan Thailand, tetapi kekalahan dalam acara berpasukan kepada musuh tradisi itu, menyebabkan seolah-olah misi peribadi belum tercapai sepenuhnya.

"Saya dah lama geram dengan Thailand," kata Azlan kepada Astro Arena. "Saya nak menang dengan Thailand dalam lama.... asyik saya pergi keluar game saja saya kena bantai.

"Jadi saya ubah mindset saya. Tahun ini mindset saya memang gila-gila punya, hard work gila-gila, memang hardcore punya.

"Sasaran peribadi saya tercapai," kata Azlan lagi. "Tapi saya tidak boleh sombong kerana satu lagi satu pencapaian saya nak iaitu berpasukan."

Menurut Azlan, dalam memastikan dia mencapai sasaran peribadi itu dia mengambil beberapa langkah termasuk menurunkan berat badan.

"Dalam empat bulan berat badan saya turun lima kilogram," katanya. "Lepas itu saya training ikut teknik... tanya coach.

"Berlatih, berlatih, berlatih. Setiap hari berlatih, Hari Raya pun berlatih. Sebab nak capai kejayaan bukan senang. Memang kena berlatih gila-gila.

"Dan akhirnya kita menang di tempat sendiri, lawan Thailand dan buktikan Malaysia ini bukan "biasa-biasa" (pasukan)"

Bagi Azlan yang yang membeza Thailand, ialah kekuatan mental.

"Pemainan dan skil sama... melainkan hati," kata Azlan. "Kekuatan mental kuat atau tak kuat. Kita lihat Thailand ini keseluruhannya anggota (tentara). Mereka tidak payah pergi (kem). Kita kena."