Skip to main content

Hoki

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: THT syukur keputusan sepakat semua pihak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tht.jpg
Situasi menang-menang jelas melegakan Presiden Pasukan Hoki Terengganu (THT), Mohd Fikri Harun, susulan isu pelepasan pemain ekoran pertembungan tarikh Liga Hoki Malaysia (LHM) dengan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025.

Fikri menyambut baik perbincangan bersama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang menemui kata putus sepakat antara semua pihak.

Terdahulu, keputusan KHM melonggarkan syarat pendaftaran pemain yang membenarkan setiap pasukan mendaftar 25 pemain berbanding 22 merupakan langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut itu.

Selain itu, KHM turut mengehadkan jumlah perlawanan melibatkan pasukan apabila ketiadaan tonggak utama. 

"Pada awalnya mungkin terdapat sedikit masalah tetapi setelah perbincangan yang diadakan berjaya menemui titik noktah yang matang. 

"Cadangan kami supaya semasa perlawanan yang melibatkan ketiadaan pemain penting kami kerana tugasan antarabangsa harus ditangguhkan sementara.

"Alhamdulillah, ada maklum balas yang positif diterima," katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video