Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia Boling Padang: Malaysia juara keseluruhan!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bp.jpg
Buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia diangkat sebagai juara keseluruhan Piala Dunia Boling Padang!

Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur (KL) menjadi saksi pasukan kebangsaan merangkul kejuaraan berprestij itu selepas menampilkan persembahan terpuji merangkumi kategori yang dipertandingkan.

Dengan pungutan 117 mata, ia jelas mengangkat Malaysia sebagai juara mengatasi pencabar terdekat, Australia (111) dan Hong Kong (105). 

Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji, menamatkan penantian bergelar juara dunia apabila mengungguli acara perseorangan wanita hari ini.




Nur Alyani Jamil pula menduduki tempat ketiga bersama Dawn Hayman untuk masing-masing memenangi pingat gangsa. 

Bekas pemain nombor satu dunia, Izzat Shameer, pula tidak ketinggalan untuk membutirkan kilauan pingat buat Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.

Ini termasuk, pencapaian membanggakan oleh Jariah Zakaria dalam kategori perseorangan wanita para menghadiahkan pingat gangsa juga memberi kelebihan buat Malaysia.
Nike

NIKE SALE: Up to 60% + Extra 15% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Nike kegemaran korang dengan diskaun hebat bila beli 2 item atau lebih. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video