Roger Federer memberi amaran bahawa Piala Davis tidak sepatutnya menjadi seperti kejohanan milik Gerard Pique setelah dia mempersoalkan penglibatan bintang Barcelona itu dalam perubahan pertandingan tersebut.
Persekutuan Tennis Antarabangsa (ITF) meluluskan perubahan besar dalam Piala Davis bermula tahun depan, di mana kejohanan berpasukan akan dimainkan selama berminggu-minggu.
Bagaimanapun, sebuah syarikat pelaburan yang diasaskan Pique, Kosmos, dilaporkan mahu acara itu diadakan pada September, sekali gus mencetus kemungkinan dijalankan serentak dengan waktu Piala Laver.
Federer mendedahkan dia masih belum bercakap dengan Pique tetapi memberi amaran kepada penganjur bahawa mereka perlu berhati-hati dengan perubahan dalam Piala Davis.
"Apa yang menarik daripada segala kekeliruan ini adalah semura orang akan duduk semeja dan mendengar setiap keinginan," kata Federer.
"ITF, Persatuan Tennis Profesional, Piala Laver. Sudah tentu minggu yang akan datang akan jadi menarik.
"Saya belum bercakap dengan Pique lagi tetapi mengakui agak janggal untuk melihat seorang pemain bola sepak menceburkan diri dalam perniagaan tenis. Berhati-hati, Piala Davis tidak sepatutnya menjadi Piala Pique.
"Saya menyokong setiap inovasi dan sukan kami memerlukan sedikit sentuhan luar untuk setiap perubahan.
"Namun, ia seperti penglibatan Jenga, anda perlu berhati-hati agar tidak tersalah langkah dan mengorbankan segala-galanya."