Skip to main content

Tenis

Piala Davies: Syed Agil sedia bangkit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syed-agil.jpg
Pemain tenis lelaki negara, Syed Agil Syed Naguib, berdepan kesukaran dalam mencari rentak kemenangan sejak kembali ke pentas kompetitif, Januari lalu.

Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) membentuk pasukan dan jurulatih baru bagi menghadapi saingan Kumpulan 3 Zon Asia-Oceania, Piala Davis bermula 26 Jun ini.

Bagaimanapun, pemain senior, Syed Agil, pulang ke tanah air tanpa kejuaraan selepas tersingkir dalam pusingan pertama acara individu dan beregu Terbuka Thailand, minggu lalu.

Meskipun mengharungi tahun yang sukar, pemenang pingat gangsa Sukan SEA Singapura 2015 itu masih tidak berputus asa dan bersedia untuk kembali ke prestasi terbaik.

"Untuk meningkatkan kembali (prestasi), ia sememangnya memerlukan semangat yang tinggi.

"Saya mencuba sedaya-upaya untuk bangkit dan mencari semula prestasi terbaik.

"Ia memerlukan masa dan saya akan terus berlatih dan menguatkan semangat," katanya.

Syed Agil juga masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan skuad baru yang turut melibatkan beberapa pemain pelapis.

"Pelapis-pelapis saya membuatkan saya berbangga dengan mereka.

"Mereka telah banyak meningkat dan semakin matang.

"Namun, selepas kembali menyertai pasukan, secara jujurnya saya masih belum membiasakan diri dengan mereka," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video