Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) yakin penerjun negara mampu menempah sekurang-kurangnya dua slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi Kejohanan Terjun Piala Asia walaupun ada senarai tambahan saat-saat akhir daripada beberapa negara yang mampu memberi saingan.
Piala Asia merupakan kejohanan terbaik untuk skuad terjun negara menambah bilangan penerjun layak Sukan Olimpik Tokyo apabila cabaran kejohanan tidak begitu sengit pada awalnya.
Bagaimanapun, penyertaan beberapa negara pada saat-saat akhir mampu menjejaskan peluang penerjun negara, terutama acara 3 meter papan anjal lelaki dan wanita.
"Penerjun lelaki negara mampu berdepan dengan lawan dari Qatar, namun wakil Jepun harus diberikan keutamaan kerana mereka mampu melakukan kejutan," kata Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chen.
Namun, ASUM tetap percaya persediaan penerjun negara berada di tahap terbaik untuk bersaing dengan penerjun-penerjun Jepun dan Qatar yang mengesahkan penyertaan secara mengejut.
"Kami yakin dan berharap Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei sementara Nur Dhabitah Sabri akan layak ke Tokyo," katanya lagi.
Setakat ini, hanya tiga penerjun negara sudah layak ke Olimpik Tokyo, iaitu Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Wendy Ng Yan Yee.