MALAYSIA 10 OMAN 2
Ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan lelaki kebangsaan, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi, berpuas hati dengan kemenangan Malaysia dalam saingan Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Taldykorgan, Kazakhstan, sebentar tadi.
Malaysia membuka tirai hari ini dengan Malaysia menutup aksi pertama Pool B, bertemu Oman dengan kemenangan selesa 10-2.
Kapten pasukan, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, menjaringkan hatrik menerusi dua gol penalti stroke dan satu gol pukulan sudut penalti, sementara Muhammad Aminuddin Mohd Zain dan Abdul Khaliq Hamirin, menyumbang dua gol selain Muhamad Izham Azhar, Muhammad Ashran Hamsani, dan Faridzul Afiq Mohd, masing-masing menjaringkan satu gol.
"Syukur Alhamdulillah dengan kemenangan yang diraih namun saya melihat terdapat kesilapan-kesilapan yang dilakukan pemain dalam perlawanan, bagaimanapun mereka cepat untuk memperbaikinya dan ia harus diberikan pujian.
"Kemenangan ini juga penting untuk kami menjelang perlawanan seterusnya kerana setiap kelebihan dan kelemahan hari ini akan dijadikan sebagai penanda aras untuk kami memperbaiki menjelang perlawanan seterusnya.
"Pertemuan dengan tuan rumah, Kazakhstan esok pastinya satu perlawanan yang bukan mudah kerena mereka pasukan yang kuat. Barisan kejurulatihan akan melakukan analisa sebaik mungkin untuk mempersiapkan pasukan menjelang pertemuan tersebut.
"Pengurusan dan barisan kejurulatihan juga berharap pemain dapat bermain dengan baik dan memberikan tentangan yang hebat kepada lawan.
"Kemenangan pertemuan dengan Kazakhstan amat penting untuk pasukan dan itu merupakan matlamat kami untuk aksi kedua iaitu mencari kemenangan."