Skip to main content

Hoki

Piala Asia Hoki Dalam Dewan: Malaysia lebarkan rekod kemenangan

hoki.jpg
Skuad hoki dalam dewan negara meneruskan momentum kecemerlangan dalam kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan apabila mudah membenam Thailand di Taldykorgan, Kazakhstan, sebentar tadi.

Selepas melakar kejutan menang berdepan Indonesia, pasukan Malaysia menjadikan Thailand sebagai sasaran seterusnya susulan memperolehi jumlah jaringan yang besar 5-2.


Pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, menjadi watak penting membantu rakan 
seperjuangannya apabila terus meledak jaringan buat skuad kebangsaan.
 

Advertisement

Must Watch Video