BOLA KERANJANG
Piala Asia B-17 FIBA: Taiwan sekat rentak kemenangan negara
Selepas meraih kemenangan pertama 8-7 ke atas Iran pagi tadi, hajat skuad muda tiga lawan tiga bola keranjang wanita negara untuk memburu kemenangan kedua dalam saingan Piala Asia B-17 FIBA ketika bertemu Taiwan tidak kesampaian.
Dibarisi Elaine Chong, Erica Ng, Sammi Tan dan Sandra Choe cuba untuk meletakkan Malaysia di depan sebelum Taiwan bingkas mengasak untuk kedudukan pendahuluan saling bertukar.
Namun, di penghujung aksi, Taiwan bijak menyusun langkah untuk menjarakkan kelebihan ke atas skuad negara sebelum mereka mengekalkan kelebihan bagi menang 19-17.
Iklan
Dengan ini, skuad negara menang sekali dan kalah sekali dalam aksi peringkat kumpulan.
Must-Watch Video