MALAYSIA 7 JEPUN 21
Pasukan tiga sepasukan bola keranjang wanita Malaysia untuk melakar sejarah sebagai juara Kejohanan Bola Keranjang Piala Asia B-17 FIBA tidak kesampaian selepas disekat Jepun.
Begitupun, pertemuan dengan juara dua kali itu menjadi misi sukar yang perlu didaki dalam pertembungan di Stadium Bola Keranjang Malaysia, lebih-lebih lagi kerana skuad Matahari Terbit itu belum lagi kalah dalam saingan kali ini.
Jepun mempamerkan keampuhan mereka apabila mendahului 10-4 selepas hanya empat minit permainan.
Malangnya jurang tersebut makin lebar kepada 14 mata menuju ke penghujung perlawanan dan dengan baki tiga minit permainan, Jepun menoktahkan kemenangan 21-7.
Jepun meraih kejayaan berganda apabila pasukan lelaki mereka turut berjaya menumpaskan India dalam penentuan gelaran.