Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Asia ASTAF: Tiada senior atau junior, yang penting satu hati - Shahalril Aiman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-05-14-192042_1.png
Selepas membantu skuad negara menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 dalam acara kuadran, pemain muda negara, Shahalril Aiman, tampil dengan semangat yang membara.

Menyifatkan peluang menyarung jersi kebangsaan pada usia muda sebagai satu penghormatan besar, Aiman tidak merasa 'kerdil' meskipun digandingkan dengan pemain-pemain senior di pentas tertinggi.

Sebaliknya, dia melihat situasi itu sebagai peluang keemasan untuk belajar secara langsung daripada pengalaman dan ketenangan mereka.

“Saya anggap dalam gelanggang tiada istilah senior atau junior. Untuk menjadikan pasukan kuat, semua perlu satu hati,” katanya dalam temu bual bersama Nadi Arena.

Tambah Aiman, dia hanya fokus bermain dengan cara tersendiri seperti yang sering diingatkan oleh rakan-rakan senior agar mengekalkan gaya permainan sendiri.

“Alhamdulillah, kami dapat satu kepala dalam gelanggang dan itu kunci kejayaan,” katanya.

Keserasian antara pemain muda dan senior jelas menjadi kekuatan pasukan negara dalam memburu kejuaraan.

Advertisement

Must Watch Video