Skuad double sepak takraw kebangsaan berputih mata terlepas gelaran Piala Asia ASTAF 2025 kepada Thailand, sebentar tadi.
Noraizat Nordin dan Aidil Aiman Azwawi tampak berkeyakinan tinggi ketika memulakan cabaran di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, malam ini sebelum menderita dalam dua set terakhir.
Malaysia merampas set pertama 15-7 selepas berhasil memungut enam mata berturut-turut.
Namun, kemasukan Tanaphon Sapyen memberi dimensi berbeza buat wakil Gajah Perang itu untuk mengatur kebangkitan 10-15 dalam set seterusnya biarpun Malaysia pada suatu ketika sempat mendahului dengan jurang selesa.
Begitupun, akibat beberapa kesilapan sendiri, barisan Aswadi Abdullah itu sudah terlewat untuk menggugat kemenangan 15-12 Thailand.