Skip to main content

Advertisement

Sepak Takraw

Piala Asia ASTAF: Skuad double Malaysia nyalakan harapan balas dendam ke atas Thailand

double.jpg
Chinese Taipei menjadi mangsa skuad double sepak takraw negara yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B dalam kempen Piala Asia ASTAF di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pemain yang dibarisi Noraizat Nordin dan Aidil Aiman Azwawi tidak memberikan jalan mudah, sebaliknya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2-0 menewaskan pasukan lawan. 

Anak buah Aswadi Abdullah dituntut supaya terus fokus demi memastikan sasaran tercapai, dan merealisasikan impian menewaskan Thailand sekiranya bertemu di final.

Advertisement

Must Watch Video