Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Asia ASTAF: Saya mahu tamatkan kemarau 11 tahun -- Syahir Rosdi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-05-07-183756.png
Juara Piala Dunia ISTAF 2024, Syahir Rosdi, melaungkan impiannya untuk merasai nikmat kejuaraan acara regu berpasukan di Piala Asia sejak menyarung jersi skuad kebangsaan pada 2014.

Dalam pada itu, meskipun tekong berpengalaman itu sedar akan tugas berat yang menanti mereka di Piala Asia, Syahir percaya dia dan rakan sepasukan sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk melakar satu lagi sejarah baru di hadapan penyokong sendiri.

Stadium Tertutup Titiwangsa akan menyaksikan Malaysia memulakan saingan peringkat kumpulan B acara regu berpasukan bertemu Brunei dan Jepun pada 16 Mei sebelum harungi cabaran Korea Selatan pada 17 Mei.

Syahir juga turut meletakkan sasaran untuk bertemu musuh tradisi, Thailand sebagai pilihan utama lawan di pentas Final. Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand dalam acara regu berpasukan ialah di temasya sukan SEA Manila 1991 yang turut menyaksikan ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun turut menganggotai pasukan selaku tekong simpanan.

"Pasukan perlu kerja keras untuk mengharungi cabaran pasukan hebat seperti Indonesia dan Korea Selatan sebelum bertemu Thailand di Final"

"Sasaran PSM untuk mara ke Final di setiap kategori sekali gus memberi suntikan motivasi untuk meraih pingat emas." - katanya.




 

Advertisement

Must Watch Video