Perejam muda negara, Redwan Hakim, yang kini berusia 22 tahun meluahkan rasa bangga terhadap dua pemain senior sepak takraw negara iaitu Noraizat Nordin dan Aidil Aiman Azwawi atas semangat juang mereka dalam usaha mengulangi kejayaan di Piala Dunia 2024 bagi kategori double.
Walaupun tumpas kepada Thailand yang diperkuatkan Thanapon Sapyen, Redwan mengakui banyak belajar daripada penampilan sulungnya di peringkat tertinggi sebagai pemain simpanan skuad negara.
"Saya rasa kami telah lakukan yang terbaik, kami beri perlawanan yang sengit dan tewas bermaruah. Kami terima apa yang terjadi dan kami telah lakukan yang terbaik buat negara.
"Apa yang saya belajar adalah semangat mereka, meski habis perlawanan mereka masih bersemangat. Semangat untuk menang memang tinggi. Mentaliti mereka kuat dan harumkan nama negara." katanya.
Dalam final pada Isnin, gandingan Malaysia itu bermula baik dengan menang set pertama 15-7.
Tetapi pasangan Thailand, Sirisak Analoo dan Tanaphon Sapyen yang masuk menggantikan Boonkoom Tiwong menang dua set berikutnya 15-10 dan 15-12.