Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, mengakui belum tiba masanya untuk badan induk itu menekan butang panik susulan kekalahan Malaysia dalam acara double kepada musuh tradisi Thailand pada semalam.
Meskipun gagal mengulangi pencapaian di pentas Piala Dunia ISTAF 2024, Sumali percaya skuad double negara akan bangkit pada kejohanan akan datang terutamanya di Kejohanan Piala Raja Thai serta temasya Sukan SEA Thailand penghujung tahun ini.
Dia dalam perkembangan sama turut memberikan kredit buat skuad kuadran negara yang bergelar juara buat kali pertama sejak acara itu diperkenalkan pada 2007.
Dia menyifatkan Malaysia berada di landasan terbaik untuk muncul sebagai salah satu kuasa besar acara kuadran di pentas antarabangsa.
"Kuadran dan double ini jika tanya saya kebanyakan negara elit ini seimbang, mereka buat kesilapan dan begitu juga kita.
"Dalam kuadran semalam, banyak perkara di luar jangkaan. Orang tidak sangka Vietnam boleh kalah kepada Jepun. Dari segi kekuatan ada pada Vietnam tetapi akhirnya tewas kepada Jepun."
"Ini yang saya katakan acara double dan kuadran seimbang tetapi prestasi semasa yang penting." katanya.

Presiden PSM, Dato' Mohd Sumali Reduan sahkan Malaysia akan membida hak selaku Hos Piala Dunia ISTAF 2026.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 13, 2025
Menariknya, penganjuran Piala Dunia ISTAF 2026 akan turut melibatkan kategori wanita.@ASTROARENA pic.twitter.com/ufKf5yI6QX