Skuad sepak takraw negara melayakkan diri ke suku akhir acara regu Piala Asia ASTAF apabila mudah mengatasi Singapura 2-0 dalam aksi kedua Kumpulan D di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.
Selepas menewaskan Nepal 2-0 petang tadi, kemenangan dalam aksi kali ini akan memastikan kemaraan Malaysia dan justeru itu, barisan kejurulatihan negara mempertaruhkan trio permulaan terbaik yang dibarisi Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam).
Hasilnya, skuad negara memperoleh kemenangan 15-9, 15-6 untuk mengesahkan kemaraan.
Malaysia seterusnya akan menentang Filipina bagi penentuan juara kumpulan petang esok.