Malaysia terus cemerlang dalam kempen acara regu berpasukan Kejohanan Piala Asia ASTAF 2025 apabila mencatat kemenangan kedua selepas menundukkan Jepun dalam aksi Kumpulan B, sebentar tadi.
Selaku pasukan pilihan, skuad negara memamerkan dominasi menyeluruh sepanjang perlawanan dan menang bergaya dengan keputusan 3-0.
Regu pertama yang dibarisi kapten, Amirul Zazwan Amir dan Syahir Rosdi sebagai tekong, sementara perejam disandarkan ke atas Azlan Alias, mudah meraih mata pertama dengan kemenangan straight set, 15-11, 15-7.
Momentum positif diteruskan regu kedua yang diwakili Haziq Hairul Nizam, Farhan Adam dan Noraizat Nordin apabila tidak memberi ruang kepada pihak lawan dengan kemenangan 15-8, 15-9.
Perlawanan ditutup regu ketiga menerusi gandingan Zulkifli Razak, Aidil Aiman dan Afifuddin Razali yang menang selesa 15-8, 15-8, sekali gus mengungguli carta peringkat kumpulan.
Malaysia kini dalam misi meneruskan rekod cemerlang dan berdepan tugas wajib menang ke atas Korea Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan esok.