Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Asia ASTAF: Malaysia mudah atasi Nepal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw.jpg
Malaysia tidak berdepan masalah untuk menewaskan Nepal menerusi aksi straight set 15-6,15-6, dalam acara regu lelaki, Piala Asia ASTAF 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ahmad Zin membariskan Haziq Nizam (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) bagi membuka gelanggang. Manakala, Nepal pula diperkuatkan oleh Bijay Mahato (tekong), Dipesh Jung (pengumpan) dan Anil Jarga (perejam).

Skuad negara tidak berdepan masalah untuk mendominasi perlawanan dengan mendahului 4-0 terlebih dahulu, malah momentum itu diteruskan dengan kemenangan 15-6.

Skuad Nepal terus bergelut dengan asakan yang dipamerkan wakil negara dengan servis Haziq Nazmi kerap menyumbangkan mata sekali gus meraih dua mata bersih dengan kemenangan 15-6 dalam set kedua.





Malaysia kini menduduki tangga pertama Kumpulan D Piala Asia ASTAF dengan dua mata selepas menewaskan Nepal.

Satu lagi aksi sebentar lagi akan menyaksikan pertembungan antara Indonesia dan Korea Selatan pada jam 3 petang nanti. 
 

Advertisement

Must Watch Video