Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Asia ASTAF: Kuadran Malaysia juara kumpulan, berjaya layak ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuadran.jpg
Skuad kendalian Zulkarnain Arif berjaya melayakkan diri ke separuh akhir kempen Piala Asia ASTAF selepas muncul juara Kumpulan B di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Jepun menjadi halangan terakhir buat kem kebangsaan dalam acara kuadran, namun segala cabaran berhasil diatasi, sekali gus meraih kemenangan bersih setakat ini. 

Pasukan Malaysia mencatatkan penguasaan penuh tatkala Filipina dan China juga tewas di tangan skuad tuan rumah. 

Aksi separuh akhir akan berlangsung esok!
 

Advertisement

Must Watch Video