Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Asia ASTAF: Filipina nyaris lakar kejutan, kuadran Malaysia bangkit raih kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuadran.jpg
Skuad sepak takraw kuadran negara dalam landasan memburu tempat pertama dalam Kumpulan B selepas menoktahkan dua kemenangan dalam kempen Piala Asia ASTAF di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Selepas menumpaskan China 2-0, pasukan bimbingan Zulkarnain Arif itu meneruskan kemaraan cemerlang dengan menewaskan Filipina, namun sedikit bergelut apabila pihak lawan menampilkan kualiti terbaik di hadapan peminat tempatan. 

Meskipun berjaya mendapatkan mata pertama, Filipina tidak memberikan laluan mudah apabila menyamakan kedudukan di set kedua. 

Berbekalkan semangat tuan rumah, kem kebangsaan melakar kebangkitan untuk menutup perlawanan di set ketiga. 

Skuad kuadran Malaysia akan bertemu Jepun bagi sebagai akasi terakhir kumpulan. 

Advertisement

Must Watch Video