Jurulatih pasukan Kelantan Syed Shazril Syed Mahadzir, yang kini dalam misi memburu kejuaraan kelima Kejohanan Ragbi Piala Agong.
Jika pasukannya berjaya menumpaskan juara bertahan dua kali, PDRM Sabtu ini dalam saingan separuh akhir, ia bakal menjadi kenangan manis dalam kariernya selama 21 tahun sebagai jurulatih.
Tumpuan turut diberikan kepada pemain import dari Fiji — Airusi Vunisa dan Tomasi Vunibola, yang dijangka menjadi watak penting dalam misi menundukkan PDRM.
Kapten Kelantan, Khairul Abdillah, yang mesra disapa Myko, yang kembali beraksi selepas lima tahun berehat, menganggap ini sebagai misi mempertahankan maruah 'gomo kelate gomo'.
Anak jati Kuala Krai itu tekad membawa semangat juang tinggi walaupun berdepan cabaran besar bertemu PDRM.