Negeri Sembilan mara ke pentas final Kejohanan Bola Keranjang Piala Agong selepas menumpaskan Miri Fire Horse 81-72 dalam separuh akhir di Stadium MABA., Kuala Lumpur, petang tadi.
Fire Horse yang meraih mata awal ketika aksi baru berusia seminit kekal memimpin kedudukan 23-20 sehingga tamat suku pertama.
Bersambung suku kedua, saingan lebih sengit cuba ditampilkan lawan dengan Fire Horse diasak untuk kekal memimpin permainan tetapi situasi menjadi semakin sukar dengan hanya dibezakan satu mata, 39-38.
Bagaimanapun, Fire Horse enggan mengalah dan terus fokus menambah mata dalam suku ketiga menerusi ayam tambatan, Loh Shee Fai, Chee Li Wei dan Soo Eng Heng, untuk selesa mendahului 60-57.
Kebangkitan Negeri Sembilan kendalian Brian Joseph Lester itu akhirnya tertunai ketika masa penuh permainan berbaki enam minit tatkala jump shot Foo Ting Jun mengubah kedudukan memihak pasukannya 66-64 dan walaupun Li Wei mempamerkan kecemerlangan, dia tidak dapat mengekang lawan meraih kemenangan 81-72, sekali gus menempah slot pertama ke final.
"Kami gembira dapat memenangi perlawanan ini. Fire Horse adalah pasukan yang bagus dan kuat. Namun, kami berkelebihan daripada segi kecergasan," kata Lester.
"Saya rasa aspek kecergasan membezakan Negeri Sembilan dengan pesaing lain kerana kami memberi tumpuan lebih kepada elemen tersebut. Ia membantu kami, terutama di penghujung perlawanan."