Skip to main content

Hoki

PHP puji KHM

img_20190805_204256.jpg
Persatuan Hoki Perak (PHP) mengucapkan terima kasih kepada Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, kerana tidak melaksanakan peraturan baru dalam Kejohanan Hoki Piala Razak di Kuala Lumpur, bulan depan.

Presiden PHP, Datuk Azhar Ahmad, memuji badan induk hoki negara itu kerana mendengar dan mengambil kira pandangan ahli gabungan yang tidak bersetuju dengan cadangan melaksanakan peraturan baru dalam kejohanan berprestij itu.

KHM sebelum ini ingin melaksanakan peraturan kelayakan pemain dengan menetapkan pemain akan mewakili pasukan di mana mereka bekerja.

Seandai peraturan itu dilaksanakan, ia bererti Kuala Lumpur dan Selangor beruntung kerana pemain akan bertumpu di kedua-dua pasukan itu.

Berikutan itu, banyak ahli gabungan menyuarakan bantahan yang menyebabkan KHM membatalkan hasrat untuk melaksanakan peraturan baru itu.

Sebaliknya, di bawah peraturan baru itu, hanya pemain yang berusia 30 tahun ke atas bebas memilih pasukan yang ingin diwakili.

Pemain di bawah umur 30 tahun pula akan mewakili pasukan berdasarkan Sukan Malaysia (Sukma) atau peringkat umur terakhir diwakilinya kecuali mendapat pelepasan negeri asal.

"PHP mengucapkan terima kasih kepada presiden KHM kerana mendengar pandangan ahli gabungan," kata Azhar ketika berucap dalam majlis meraikan kejayaan pasukan Anderson Thunderbolt menduduki tempat ketiga dalam Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) 2019 di Hotel Impiana, sebentar tadi.

Dalam majlis itu, PHP menyampaikan sedikit imbuhan kepada 22 pemain sebagai penghargaan berikutan kejayaan mereka itu.

Advertisement

Must Watch Video