Skip to main content

Sukan SEA

PHISGOC lanjut tempoh pendaftaran

norza-zakaria.jpg
Lanjutan tempoh pendaftaran nama atlet yang bakal bertanding dalam Sukan SEA Filipina, November depan, memberi peluang kepada Malaysia menyelesaikan sepenuhnya proses pemilihan atlet.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC), telah melanjutkan tempoh pendaftaran darip 2 ke 30 September ekoran rayuan daripada beberapa negara bertanding.

Beliau berkata MOM telah menerima surat rasmi mengenai keputusan penangguhan berkenaan, dua hari lalu. 

"Tindakan penganjur itu memberi lebih masa untuk Malaysia membuat persediaan rapi bagi meningkatkan kualiti kontinjen walaupun kita sudah mempunyai senarai lengkap nama atlet yang akan mewakili negara nanti.

"Dalam masa sama, saya boleh panggil mana-mana persatuan yang mempunyai isu berbangkit untuk berbincang," kata Norza.

Sukan SEA 2019 dijadualkan berlangsung dari 30 November sehingga 11 Disember depan dengan melibatkan 56 jenis acara di tiga kluster, iaitu Manila, Subic dan Clark. 

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video