Pakar pendakian negara, Tsen Ren Bao, yang mewakili Saint George Continental Cycling, memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang dimilikinya ketika meraih gelaran Pelumba Terbaik Malaysia dan Pelumba Terbaik ASEAN dalam perlumbaan peringkat ketiga Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 dari Gerik ke Pasir Puteh hari ini.
Baginya, risiko tinggi yang diambilnya, dengan tidak menyimpan tenaga untuk mengikut setiap 'attack' yang dilakukan pelumba Malaysia lain sejak dari awal, membuahkan hasil, di mana dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-28.
"Saya bagitahu mereka yang saya tidak kisah jika saya kemalangan atau mati hari ini kerana saya benar-benar mahukannya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Jadi saya mengambil risiko dengan memberikan segalanya dan kami mendapatkannya.
"Saya mahu berterima kasih kepada pasukan saya kerana membantu meletakkan saya di posisi terbaik dalam 5 kilometer terakhir."