Perlumnbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 akan membuka tirainya pada 28 September depan dan hanya berbaki lapan hari daripada sekarang.
Saingan berprestij Asia itu bakal berdepan perubahan strategi dengan dua pasukan utama daripada kategori UCI World Teams dan tiga pasukan Pro Teams bakal melakukan perubahan pelumba gara-gara isu kecederaan dan masalah teknikal yang lain.
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal, dengan perubahan itu bakal mnambah keterujaan peminat untuk menyaksikan pasukan mana dan pelumba mana yang bakal menyinar dalam perlumbaan lapan peringkat musim ini.
"Pasukan Picnic PostNL terpaksa merehatkan Fabio Jakobsen kerana berlaku kemalangan di Belgium bulan lalu. Pasukan Tudor Pro Cycling Team menukar pelumba selain pelumba Unibet Tietema Rockets iaitu Giovanni Carboni ditukar kerana ada isu doping serta dibatalkan penyertaan.
"Secara keseluruhan kami rangkumkan pertukaran kali ini meningkatkan profil perlumbaan di mata dunia," katanya.
Sementara itu, status penyertaan pelumba pecut negara, Harrif Salleh, masih menjadi tanda tanya selepas dia mengalami kecederaan akibat kemalangan dalam kejohanan sebelum ini.
Keputusan akhir dijangkakan bakal diumum pada Isnin depan sebelum perlumbaan bermula.
"Untuk Malaysia kami akan umumkan pada hari Isnin, kami belum dapat maklumat terbaru daripada TSG mengenai Harrif yang terlibat dalam kemalangan di China. TSG kini berada dalam momentum terbaik." tambahnya.