Skuad petanque negara terus dibayangi satu lagi konflik dengan yang terbaru, kelibat jurulatih, Zani Lisa Mohamad, masih belum kelihatan menuju tiga bulan penganjuran Sukan SEA Filipina 2019 membuka tirai.
Beliau sepatutnya kembali melatih skuad negara dengan mengambil alih tugas pengendali sebelum ini, Kolonel Ahmad Zulkifli Ahmad Zain, yang sejak Jun lalu mengumumkan peletakan jawatan kerana masalah kesihatan.
Setakat ini, hanya Syed Ali Syed Akil yang kembali melatih skuad kebangsaan sambil beberapa urusan dokumentasi sedang diusahakan untuk mendapat pelepasannya daripada majikan.
Zani dianggap arkitek utama dalam merencanakan usaha Malaysia ketika menjadi tuan rumah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan mengutip dua emas, satu perak dan tiga gangsa.
"Sedikit-sebanyak ia menjejaskan persiapan kami kerana sebelum ini, dia banyak membantu kami.
"Saya harap surat tawaran (pelantikannya) dipercepatkan," ujar pemain negara, Farah Hana Musa, di padang Majlis Sukan Negara (MSN), Taman Keramat, hari ini.
Biarpun masih tiada perkhabaran mengenai bila dia akan melaporkan diri atau sebaliknya, skuad negara tetap giat menjalani latihan.
Keadaan menjadi makin mencabar apabila ketika ini juga, skuad negara tidak boleh menyertai sebarang kejohanan di luar negara memandangkan Persekutuan Petanque Malaysia digantung oleh Persekutuan Antarabangsa Petanque dan Sukan Provencal (FIPJP).
"Persiapan kami bersandarkan kejohanan tempatan sahaja," kata pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 menerusi acara beregu lelaki, Saiful Bahri Musmin.